Latar Belakang
Sejarah Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) bermula apabila memorandum kenaikan taraf Majlis Daerah Kulim ke majlis Perbandaran Kulim (MPKK) yang bertarikh 10 hb. Julai 1996 telah dihantar ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman berikutan persetujuaan Mesyuarat Majlis Penuh antara Ketua-Ketua Jabatan (Pegawai Pentadbir Negeri) pada 29 hb. Mac 1995. pada mesyuarat Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Kerajaan Tempatan Negeri Kedah Darul Aman 1997 yang mana jawatankuaa telah di mengkaji kenaikan taraf Pihak Berkuasa Tempatan yang bertarikh 22 April 1997 supaya pihak Majlis Daerah Kulim dikehendaki mengemukakan beberapa fakta tambahan seperti mana yang digariskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya ia dapat dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan.
Visi
Menjadi Peneraju Pengurusan Perbandaran Yang Dinamik, Berwawasan Dan Mampan.
Misi
Meningkatkan Kebersihan, Keindahan, Kemajuan Dan Keselamatan Bandar Melalui Perancangan Pembangunan Yang Mampan, Pelaksanaan Progran Dan Projek Strategik, Penglibatan Masyarakat Yang Menyeluruh Dan Tadbir Urus Yang Berkesan Demi Kesejahteraan Rakyat.
Dasar Kualiti
Kami Komited Bagi Mencapai Visi Dan Misi Majlis Melalui Pendekatan Pengurusan Kualiti Menyeluruh, Penambahbaikan Yang Berterusan, Profesionalisma Kerja Yang Tinggi Serta Mematuhi UndangUndang, Peraturan Dan Dasar Dasar Majlis Dalam Usaha Memberi Perkhidmatan Yang Terbaik Kepada Semua Pelanggan Pada Setiap Masa