Terma dan Syarat


Di bawah adalah syarat-syarat penggunaan portal rasmi serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses dan/atau menggunakan perkhidmatan di portal rasmi ini. Sekiranya anda mengakses portal rasmi ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada syarat-syarat ini dan dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pelanggan, dan kami, bagi akses dan/atau penggunaan lportal rasmi ini.Syarat-syarat ini akan menggantikan syarat-syarat terdahulu yang anda terima atau akses menerusi portal rasmi ini. Penggunaan dan/atau akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan syarat-syarat ini.

Tajuk-tajuk yang digunakan di bawah syarat-syarat ini hanya untuk rujukan dan tidak boleh diambilkira dalam tafsiran syarat-syarat ini.Sekiranya mana-mana peruntukan syarat-syarat ini menyalahi undang-undang atau tidak sah di sisi undang-undang atau peraturan-peraturan sekarang atau yang akan datang, peruntukan tersebut akan diasingkan dan syarat-syarat ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang tidak sah itu tidak wujud dan syarat-syarat ini bersama-sama peruntukan lain akan berkuatkuasa sepenuhnya tanpa dijejaskan oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau yang tidak sah.